Wednesday, 5 December 2012

setiap pertemuan pasti ada perpisahan



SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN





pada tanggal 24.11.2012 telah berakhir lah segala detik peperangan di dalam melengkapi kelayakkan diploma perancangan bandar dan wilayah,
Namun hanya yang tinggal adalah memorial dan kenangan kita bersama cipta. Aku selaku kawan dan mewakili rakan-rakan yang lain memohon maaf atas apa yang telah aku dan kawan-kawan lain.
x ada apa yang ak boleh beri segala keinginan telah sama2 kte tempoh.ini lah salah satu kenangan yang pasti kite tidak akan lupe sedikit kata-kate yang telah ak karang sendri agar kite x akan putus pada bila2 masa.

berlajar umpama kita sedang membuat persiapan di dalam mengatasi peperanagan yang akan bakal tiba, tetapi kita tidak tahu siapa lawan kita, kite sentiasa bersama, tempuh segala dugaan bersama, mengikut kata2 seorang koordinator yang tidak putus memberi kan segala arahannya, tiada tapi tiada alasan, apa yang telah di arahkan pastikan akan mengikut arahan beliau bagi sama2 merasa kenikmatan hidup didalam sebuah kumpulan.
apabila peperangan hampir tiba, segala persiapan telah pun siap di sedia, dan apabila tibanya masa peperangan segalanya menjadi didalam kenangan. perpisahan pasti akan berlaku, kesedihan pasti akan di rasai.


KOORDINATOR KELAS




Nama di beri sharul azuwan inilah seorang ketua dalam klas kami, segala usaha yang telah dilakukan pasti berjaya, kejayaan beliau telah menaikan nama klas dengan sempurna sekali. Segala  usaha telah di lakukan oleh untuk menaikan nama kelas dan kimi kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada beliau atas segala usaha yang telah beliau laksanakan. YOU ARE THE BEST BROO!!




AIZAT 





Die ni paling hot sekali nama die AIZAT tp ramai panggil die KTT@kasut tumit tinggi hehe. die seorang kawan yang baik selalu member semngat dan pndapat kepada smua rakan2, just selalu ayat yang selalu ak dengar dari die, NI ADA YANG MAKAN KAKI NIE,,haa kasar 2 bnyi die,,hehehe jgan maen2 dengan die taw hehehe . CTER SNI ABIS SNI LAHH AE, die ni gak merupakan salah seorang palyer double fckat dalam klas die paling hot sekali ckap jee futsal abs smua die sapu, hehe skank smua hanya tnggal knangan masing2 akan terus kehadapan, apa2 pn tq aizat segala salah silap ak mintak maaf ak mintak ampun da berjaya jgn lupakan kami, ingt kami sentiasa doakan kejyaan kawan biar masing2 maju kehadapan u are the best friend J



asyriq @kecik




                                      Ni pulak kecik seorang kawan yang sentiasawat riuh, nmpak jee kecik tp semangt tnggi, hehehe die seorang yang baik dalam klas suke mmbantu orang tp dalam satu masa gak sape berani wat hal ngn die siap lahh klu die mark orang KENE BAHAN JEE hahaha die ni pn salah seorang dari team double fc..tp mungkin ni smua akan jadi kenang2an bersama, Aku mntk maap atas segala salah silap klu ad terkasar bahasa ngn ko ae,,,






TEAM DOUBLE FC






Ini lah team double fc yang ak ckp, barisan yang terbaik datangnye dari kumpulan yang terbaik, tidak pernah knal erti kekalah dalam hatinya setiap usaha pasti ad pencapaian.
X ad apa yang hanya yang perlu di kenang lagi dan kini ini lah simpanan yang ak ada untuk korang smua. Segala yang di minta telah pun tercapai
 yang tinggal hanyalah kenangan,
 masing2 mengundur diri,
x ad sape pn berani kehadapan,
 doa pengasih didalam haty,
agar kenangan kekal abadi


intan




Inilah intan seorang yang sentiasa member ak semngat setia kawan, selalu bgi ak semngt kalu ak down, die mmg seorang kawan yang terbaik lahh dalam segala usaha die selalu inginkan yang terbaik dan tidak akan mengalah, sentiasa mencari jalan pnyelesaian. Tq kepada intan sebb selalu bagi ak dorongan ak x nah ase semngt sblm ni, terima kasih banyak2 ak ase terhutang budi ngn korang smua. Apa2 pn u are the best kat luar sane. Klu ada masa leh jmpe lagi klu x ada tnggu lah kad jemputan kawain nnty hehehe J


izah





  
Ni lak izah die gak geng ngn si intan, die nip n sifat yang same smngt setia kawan,,die pn selalu bagi ak semangat kat ak, tp kini smua hanya tnggal kenangan indah je, x ad yang lebih baik talian, melainkan talian persahabatan x ada seindah kata melainkan doa, tiada harapan melainkan semngat. Itu lah yang leh ak kate kepada mereka kawan baik ak. Tq for u all. 


atin




Haa ni atin die umpama taiko lah kat kelas hehehe sape berani kacau die,,,mmg maut lah hehehe, taiko2 die pn die ada sifat setia kawan yang amat kuat bagi ak lah, sebb die slalu bg ak semngt klu ak down geng2 die intan iza, dorang ni mmg kuat saiko sikit tp masing2 ada kebaikan yang tersendiri tq ak ucapkan kepada korang tq sangt2,,moga perpisahan ni dapat jd satu kenangan moga kte x putus sahabat. Moga berjaya di masa akan datang J


jannah 




Haa yang comel ni jannah die kawan baik ak die selalu sokong apa yang ak wat but yang baik2 jee,klu bnda jahat penyapu makannye hehehe tp masing da pn berjaya satu keindahan kenangan bersama telah pn terpadam di POLIMAS. Apa2 pn die sorang yang baik, die gak slalu tlg ak,,haa yang spcial die ngh tlg ak untuk kejar satu kebahagiaan, isnyaallah klu ak dapat someone 2 ak syukur sangt2 n ak jaga die ngn baik tq JANNAH u are the best friend, moga berjaya di luar sane J



Sharul





Ini seorang sahabat yang baik die memerangkap seorang ketua coordinator ak kat kelas, dan juga seorang sahabat yang baik hati budinya, seorang yang pandai menjaga setiap hati-hati. Name die sharul azwan, memang terbaik lah bagi aku apa2 pn smua hanya tnggal kenangan GOOD LUCK broo, ak doakan ko berjaya di dunia dan akhirat.






Ramai lagi yang ak nak update kat blog simpanan ak nie,,ini sahaja yang mmpu ak sempat update. Apa2 pn smua rakan2 ak adalah yang terbaik ak doakan smua berjaya di dunia dan akhirat . msty ingat di dalam poli hanya sedikit je dugaan di luar nnty pasty penuh dengan dugaan dan rintangan. Apa-apa pn ak duakan smua berjaya dengan jayanya 




semua hanya tnggal kenangan u all the best 


TEAM TERBAIK


dinner 2012



anugerah ketua jabatan






Setiap kata-kata pasti ada hikmah, setiap yang di lakukan pasti ada kejayaan, hanya usaha yang kukuh akan pasti di rasai kepuasan yang tidak terhinggar, kini semua dapat di rasai, tiada apa yang dapat daku katakan kepadamu wahai sahabat hanya ku mampu mendoakan yang terabaik buatmu wahia sahabat. 

satu jiwa satu hati yang telah engkau berikan dalam kerja didalam kumpalan berakhir disini hanya yang adalah kenangan yang boleh memberi senyuman kepadaku, tangisan kegembiraan yang dapat aku lakar akan memberi leboh bersemangat di suatu hari tahniah kepada yang berjaya ucapan yang dapat ak berikan, bagi yang tidak kite sama-sama berusaha. 

PPW 6C IN MEMORIAL 





Friday, 23 November 2012

kisah sahabat sejati


KISAH SAHABAT SEJATI



Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.

Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **


Wednesday, 7 November 2012

UNTUK SAHABAT

UNTUK SEMUA SAHABAT



Tidak sehebat karya yang ingin aku lampirkan tapi ini lah cerita rakan sejati yang dapat aku simpulkan.
Susah senang kte tetap bersama terimalah wahai sahabat dari rakan mu
 MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKUFLII







pantun kawan cari kawan
pantun berlawan dapat tawan
hati2 bila berkawan 
jangan sampai jadi lawan.

hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.
Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen...hahahahaha

Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen
Ada jer kata lawan
silap hari kena habuan

Masuk hutan disengat tebuan
Sakit terasa seluruh badan
Banyaklah bersabar kerenah teman
Soal hati banyak dugaan.

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati

suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati
ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.

ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.
hubungan sahabat tentunya lama
selagi ikhlas didalam hati.

jangan disimpan dalam peti
tapi simpan atas para
jujur dan ikhlas dalam hati
barulah persahabatan kekal selamanya

aduh!! sakitnyer gigi ,
sebab makn cklet cabry,
rase sronok kat hati,
coz,,,kekawan baik dan hapy…


bersama2 kita bersahabat
mengharungi ombak dan badai
untuk kekal bersama
di teratak yang bikin gempak……..

teknologi canggih pembawa cerita,
hasil dari merentas sempadan,
kalau mencari cerita cinta,
teratak ini sedia menemukan,

beli halwa di pekan rabu
halwa rasa manis begitu
berkawan biarlah beribu
berkasih biarlah hanya satu

kalau berkawan biar beribu,
kalau berkasih hanyalah satu;
yang mana satu pilihan kalbu,
nanti tak dilayan rasalah malu,

he..he..segan ler…

pergi ke kedai membeli kelambu,
dibuat tidur di malam hari,
kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,

kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,
tapi jangan le buat begitu
takut nanti ada yg benci

Tanam pisang tepi rumah
Tempat bertenduh kete Kancil
Berkawan mudah bercinta susah
Maklumlah manusia ni macam2 style.

pergi bertapa kat gua mulu,
rehat jap minum kopi,
kalu nak bercinta jgnlah malu,
luahkan lah rase di hati,

anak hang jebat tak pakai baju,
nyorok malu belakang almari,
sampai mase kiter bertemu,
mungkin ade yg menawan di hati,

pagi2 kutip cendawan,
malam2 tanam bunga,
diteratak nie kita berkawan,
bila bertemu mesti gumbira…

sambil berpantun kita bergembira
untuk hilangkan luka lara
sambil mencari kawan bersama
untuk dijadikan teman setia



SIFAT SEORANG RAKAN YANG SETIA DIA SENTIASA MELARANG DENGAN APA YANG TIDAK PERLU DI BUAT, MEREKA JUA AKAN MEMBERI PENDAPAT KETIKA DALAM KESUSAHAN, SAHABAT YANG SETIA AKAN SELALU BERDAMPING DENGAN KITA DI KALA KITA MENGHADAPI SESUATU DUGAAN,

SUSAH SENANG HIDUP BERSAMA, 
BIAR SAMPAI KE PANGKAL JALAN,
KEJAYAAN KITE PEROLEH BERSAMA,
JANGAN SAMPAI SEPARUH JALAN



DARI: MUHAMMMAD FIRDAUS BIN ZULKUFLII
FIR446

Tuesday, 6 November 2012

BACALAHH,,,,,


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika d sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lma anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.
KATA-KATA HIKMAH
DARIPADA MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKUFLII UNTUK SEMUA PEMBACA DAN JUGA KAWAN-KAWAN AGAR DAPAT DI KONGSI BERSAMA....


1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.